BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama Arif Zakuan Bin Derani
Umur : 9 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Arif berusia 9 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 1 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Arif tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Arif tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Rendah, Arif mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Arif kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Arif dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.


USAHAWAN ONLINE 

Nama : Abdullah Bin Hj Ya'acob
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Abdullah merupakan seorang usahawan bergerak sejak tiga tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan fotografi secara persendirian dan sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek. Pada mulanya Abdullah melakukan perniagaan ini hanya pada hujung minggu kerana permintaan pelanggan agak kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Abdullah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online.

Di samping itu, sehingga ke tahap ini Abdullah juga menggambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya dengan cara membuka bengkel asas dan profesional fotografi di Pusat Internet.


BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Muhammad Hakim Bin Khairil Azhar
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Muhammad Hakim berusia 10 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Sadek, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 1km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Hakim tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Hakim tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Rendah, Hakim mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Hakim kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Hakim dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.


USAHAWAN AIR TEBU 

Nama : Muhammad Khairil Anuar Bin Sha'ari
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Khairil merupakan seorang peniaga air tebu yang berniaga di pasar malam yang berusia 39 tahun dan tinggal di Kampung Sadek. Beliau mempunyai minat yang tinggi didalam bidang perniagaan. Oleh itu, beliau mengambil peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan air tebu yang diusahakan selama ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan ini, Encik Khairil hanya menjual air tebu di tepi jalan sahaja. Selepas itu, beliau mencuba untuk menjual di pasar malam pula. Selain itu, beliau cuba mempromosikan air tebu-nya di dalam media social bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan air tebu secara online melalui whatshapp untuk lebih senang membuat penghantaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi mendalami ilmu perniagaan secara atas talian, En. Khairil sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek. Encik Khairil hendak mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian dengan lebih mendalam lagi untuk kegunaan masa akan datang. Beliau telah mencuba iaitu dengan membuat akaun facebook bagi memudahkan urusan pelanggan mengetahui aktiviti semasa yang dijalankan. Selain itu, beliau juga mempelajari berkenaan internet unutk mencari maklumat yang berkaitan. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang yang ingin mengadakan jamuan atau kenduri kahwin di mana beliau akan pergi ke rumah pelanggan terus untuk membekalkan air tebu yang segar. Dengan adanya whatshapp Ia akan memudahkan beliau berurusan dengan pelanggan dengan cepat.


USAHAWAN ONLINE MENJAHIT TELEKUNG

Nama : Habsah Binti Mat Zain
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Habsah merupakan seorang pesara yang berusia 43 tahun dan tinggal di Kampung Bukit Legong. Beliau mempunyai minat yang tinggi didalam bidang menjahit telekung. Oleh itu, beliau menyambung pelajaran di Kolej Komuniti di dalam bidang menjahit.  Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan menjahit kerana mempunyai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, beliau mengambil peluang yang ada untuk mengambil tempahan menjahit telekung dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Puan Habsah hanya melakukan untuk memenuhi tugasan pembelajaran. Selepas itu, beliau mengambil peluang untuk menjual secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Puan Habsah mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook page dan Instagram. Beliau juga belajar menggunakan Internet untuk mencari design jahitan telekung yang terkini yang terkenal di kalangan masyarakat sekarang iaitu telekung berpoket. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang. Di samping itu, beliau juga dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.


Sub-kategori