BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Muhammad Muzaffar Shahmi Bin Norfakarurazi
Umur : 14 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Muhammad Muzaffar berusia 14 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, jarak rumah beliau ke Pusat Internet ialah beranggaran 5km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI Muzaffar  tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Muzaffar tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini Muzaffar semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus ( Modul ) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Muzaffar dalam menyiapkan kerja sekolah, membuat kerja kursus untuk Sekolah dan menjadikan internet sebagai medium carian ilmu.