USAHAWAN FOTOGRAFI ONLINE

Nama : Mohd Suhaimi Bin Yahaya
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Suhaimi merupakan seorang usahawan bergerak sejak dua tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan fotografi bersama isteri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, pada mulanya Suhaimi melakukan perniagaan ini hanya pada hujung minggu kerana permintaan pelanggan agak kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Suhaimi mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online.

Di samping itu, sehingga ke tahap ini Suhaimi juga menggambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya dengan cara membuka kelas fotografi di Pusat Internet.