USAHAWAN ONLINE

Nama : Mohd Imran Bin Zainol Abidin
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Mohd Imran merupakan seorang pelajar lepasan SPM Dari Sek Men Syed Abu Bakar, Pulai dan sekarang bekerja di Caltex Kupang sebagai Juruwang (Casher). Dalam kehidupanya, beliau amat merasakan pendapatan bekerja di Caltex (Pam minyak) adalah sangat tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan hariannya. Oleh itu, Imran mengambil inisiatif untuk mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara atas talian, setelah itu Imran sentiasa hadir ke PI untuk belajar teknik pemasaran secara atas talian (online).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibatnya dalam dunia perniagaan online, Imran hanya menjual melalui rakan-rakan sekeliling sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek,Imran mula belajar pemasaran atas talian untuk memasarkan produknya secara kecil-kecilan. Hasil tunjuk ajar dari pihak PI, Imran dapat mempelajari cara untuk promosikan produk Natural Terapi (Terapi Resdung)  dengan cara yg mudah iaitu dengan menggunakan facebook.


USAHAWAN ONLINE

Nama : Naeimah Binti Ramli
Umur : 27 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Naemah merupakan seorang penyelia kawasan bagi projek pembangunan. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi menambahkan pendapatannya. Jamu Ratu Hatiku adalah produk yang dijual oleh beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibatnya dalam dunia perniagaan online, Naeimah hanya menjual melalui rakan-rakan di pejabatnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Naeimah Ramli mula menunjukkan minatnya ke dalam bidang perniagaan dan terus belajar pemasaran atas talian. Dengan kemudahan yang disediakan di PI ini, beliau mampu menghasilkan Fb page kepunyaan sendiri.


Sub-kategori