BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Muhammad Hakim Bin Khairil Azhar
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Muhammad Hakim berusia 10 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Sadek, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 1km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Hakim tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Hakim tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Rendah, Hakim mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Hakim kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Hakim dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.