Terletak di Kampung Tanjung Luas, 09200 , Kupang, Kedah

 

GUNUNG BALING

Gunung Baling yang ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah.

Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E.

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian pendaki  akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

 

 

AIR PANAS ULU LEGONG

Para pengunjung akan dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. Selain dari itu pengalaman meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit serta dikelilingi kehijauan alam semulajadi Hutan Simpan Ulu Muda yang pasti akan menguji kekuatan mental dan fizikal anda.

Satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia dengan kemudahan penginapan yang terbaik dalam mempertingkatkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Dengan kemudahan penginapan yang selesa serta aktiviti "jungle traking" bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Legong merupakan pilihan yang tepat sebagai destinasi percutian.

Setiap pengunjung dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM6 untuk seorang, manakala untuk kanak-kanak sebanyak RM3 sahaja.

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Reakreasi Air Panas :-

 - Tapak perkhemahan

- Tempat letak kenderaan

- Surau

- "Outdoor Gym"

- Tapak "BBQ" 

- Medan Selera

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di talian 604-472 1548, 604-473 1024/1025 atau  faks  604-473 1026.

  

Antara pusat destinasi pelancongan yang berhampiran:

  • - Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa
  • - Air Terjun Lata Bukit Hijau
  • - Celak Waterfall, Kampung Iboi
  • - Gua Batu Kapur
  • - Gunung Baling
  • - Pemandangan Indah R&R Gunung Inas

 

 LATA BAYU