USAHAWAN ONLINE 

Nama : Abdullah Bin Hj Ya'acob
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Abdullah merupakan seorang usahawan bergerak sejak tiga tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan fotografi secara persendirian dan sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek. Pada mulanya Abdullah melakukan perniagaan ini hanya pada hujung minggu kerana permintaan pelanggan agak kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Abdullah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online.

Di samping itu, sehingga ke tahap ini Abdullah juga menggambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya dengan cara membuka bengkel asas dan profesional fotografi di Pusat Internet.