USAHAWAN ONLINE MENJAHIT TELEKUNG

Nama : Habsah Binti Mat Zain
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Habsah merupakan seorang pesara yang berusia 43 tahun dan tinggal di Kampung Bukit Legong. Beliau mempunyai minat yang tinggi didalam bidang menjahit telekung. Oleh itu, beliau menyambung pelajaran di Kolej Komuniti di dalam bidang menjahit.  Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan menjahit kerana mempunyai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, beliau mengambil peluang yang ada untuk mengambil tempahan menjahit telekung dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Puan Habsah hanya melakukan untuk memenuhi tugasan pembelajaran. Selepas itu, beliau mengambil peluang untuk menjual secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Puan Habsah mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook page dan Instagram. Beliau juga belajar menggunakan Internet untuk mencari design jahitan telekung yang terkini yang terkenal di kalangan masyarakat sekarang iaitu telekung berpoket. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang. Di samping itu, beliau juga dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.