USAHAWAN ONLINE

Nama : Khairul Nizam Bin Md Zin
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Encik Nizam merupakan seorang usahawan muda yang berumur 27 tahun. Beliau mengusahakan perniagaan perkhidmatan servis kusyen kenderaan dan lantai jubin rumah / karpet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, En Nizam hanya memulakan perkhidmatannya sekitar kawasan rumah atau kampungnya sahaja. Pada asalnya En Nizam juga mempunyai page akan tetapi hanya mempunyai iklan-iklan biasa dan tidak mendapat banyak sambutan daripada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui  Pusat internet Kg Sadek, En Nizam  mula menunjukkan minatnya untuk mendalami ilmu  perniagaan atau ilmu pemasaran atas talian. Dengan kemudahan yang disediakan di PI ini, beliau mampu menghasilkan Fb page dan ayat-ayat “copywriting” yang amat berkesan dan mampu meningkatkan lagi pendapatannya.


BELAJAR MENAIP DAN INTERNET

Nama : Muhammad Irfan Bin Syaari 
Umur : 8 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Muhd Irfan berusia 8 Tahun yang merupakan pelajar Tahun 2, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 2 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Irfan tidak pernah berpeluang menggunakan komputer di mana-mana tempat oleh kerana masih berumur di bawah pengawasan Ibu Bapa . Tambahan lagi, Ifran tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek, Irfan kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberi.


USAHAWAN HOMESTAY

Nama : Ishak Bin Hamzah
Umur : 54 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Encik Ishak bin Hamzah  merupakan seorang guru sekolah di Baling. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi menambahkan pendapatannya. Beliau membuka perkhidmatan ‘homestay’ berkonsepkan suasana kampung yang terletak di Kampung Tanjung Luas, Kupang, Baling.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di awal pembukaan ‘homestay’ , beliau hanya mengiklankan perniagaan beliau di Facebook sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, petugas mendedahkan tentang page di Facebook kepada Encik Ishak, dan beliau telah membuat “page” untuk perkhidmatan homestay beliau.


USAHAWAN ONLINE

Nama : Muhammad Aizat Bin Zainon
Umur : 26 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Aizat bekerja sebagai pemasaran di BSN. Namun pada masa yang sama beliau mengusahakan perniagaan online secara sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya pernah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari pihak PI, perkara yang saya belajar sebelum ini adalah berkenaan dengan “Facebook Page”. Akan tetapi sekarang saya belajar dengan lebih mendalam tentang FB Page dan FB Ads. Alhamdulillah pada masa sekarang jualan H.plus saya semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas PI banyak  memberi nasihat dengan cara menggunakan ‘Facebook  dan ‘Blog’ untuk tujuan pemasaran pada sebelum ini. Namun untuk memasarkan produk dengan lebih efektif, petugas PI telah memberi khidmat dan tunjuk ajar mengenai FB Ads,  pembelajaran ilmu Fb Ads amat berguna dan memberi pulangan yang lebih lumayan. Hasil tunjuk ajar dari pihak PI saya dapat mempelajari cara untuk promosikan produk Health Care  dengan cara yang mudah dan lebih cepat.

Aplikasi media social seperti 'Whatsapp web dan WeChat' adalah amat mudah dan sistematik pada zaman sekarang untuk berkomunikasi dengan pelanggan.


BELAJAR MENAIP

Nama : Muhd Aiman Bin Nawawi
Umur : 13 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Muhd Aiman berusia 13 Tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 1, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 1.2 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Muhd Aiman hanya berpeluang menggunakan komputer di di sekolah dan Cyber Cafe sahaja. Tambahan lagi, Muhd Aiman tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek  Muhd Aiman kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus ( Modul ) yang diberikan.


Sub-kategori