USAHAWAN WANITA BERJAYA DI MALAYSIA

 
Nama : Datuk Dr. Maznah Binti Hamid
Umur : 58 
Syarikat : Securiforce Sdn Bhd
 
Datuk Maznah Hamid dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.
Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat. Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi perbankan.
Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan kepercayaan bahawa "the main capital in business is yourself ". Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau.
Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV 3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan seperti seminar ”ZERO TO HERO” dan ”AWAKEN THE SPIRIT OF ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP”. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
 
 
Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd
 
Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi aktif mengurus bisnessnya. Beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin berusaha, tifak mudah patah semangat  dan perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat membina daya ketahanan diri kepada usahawan.
 
 
Nama : Azizah Omar
Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd
 
Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Sayarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu. 
Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.
Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.
 
Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir, Omar Ali Holdings mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan mereka datana berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga ini berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima tempahan dari luar negara.
 
Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya dapat diteruskan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang dicapai dapat berkongsi bersama demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga serta para pelanggan yang dimuliakan.

 

 
Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd
Usahawan Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, . Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,
Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.
 
 
Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd

Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.
Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set yang kian popular telah terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999, sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.
Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.
 
 

Tokoh: Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah

Umur: 46

Syarikat: D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd

Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah, bukanlah satu nama baru dalam bidang keusahawanan. Malah nama beliau cukup dikenali bukan sahaja sebagai usahawanita yang berjaya tetapi juga pengasas produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd. Dato Azlina bukan sahaja menerajui syarikat D’Navechee malahan beliau juga menerajui belasan syarikat dalam pelbagai bidang. Selama hampir 10 tahun menceburi bidang perniagaan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi hari ini turut meletakkan nama beliau di antara jutawan tanah air.

Melihatkan pengorbanan dan kesusahan seorang ibu yang membesarkan anak-anak selepas kematian bapanya membuatkan beliau berazam untuk membantu mengurangkan bebanan ibu tersayang telah mendorong beliau untuk berdikari, sekaligus terpaksa melupakan impian untuk menyambung pengajian dan menjadi peguam. Meskipun cita-cita beliau tidak tercapai, namun beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Kerani Am di sebuah firma guaman terkenal di Kota Bharu. Setelah 6 tahun bekerja akhirnya beliau nekad untuk meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan.  Beliau memulakan langkah pertama dengan membuka kedai batik di Pasar Besar Siti Khadijah dan dari saat itulah minat untuk berniaga mula menguasai jiwa dan raganya. Beliau juga pernah pernah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan berpengalaman sebagai ‘trainer’ dan ‘motivator’ dalam bidang keusahawanan bagi beberapa syarikat bumiputera.

Pada tahun 1996, beliau menimba pengalaman dalam sebuah syarikat jualan langsung dengan bermula sebagai pengedar bebas. Pada tahun itu juga beliau mula dapat merasakan yang perniagaan jualan langsung adalah suatu perniagaan yang mempunyai potensi dan mampu memberi perubahan kepada kehidupan mereka yang mahu memulakan sesuatu yang kecil tetapi akhirnya akan menjadi besar. Berbekalkan pengalaman sebagai pengedar bebas di beberapa buah syarikat MLM yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memberi keadilan kepada pengedar dan pengguna telah membuatkan beliau sepakat dan nekad bersama suami beliau iaitu Dato’ Stapa untuk menubuhkan syarikat pertama iaitu syarikat jualan langsung yang dikenali sebagai De Classic Life (M) Sdn Bhd atau (DCL) pada tahun 1998. DCL sebuah syarikat yang berorientasikan sistem MLM tulen yang memberi peluang kepada para pengedar untuk mengubah kehidupan dan alhamdulilallah, syarikat beliau telah berjaya menduduki ‘Top 5’ dalam barisan syarikat jualan langsung dan telah melahirkan ratusan ribu pengedar dan puluhan jutawan.

Beliau turut memiliki belasan syarikat di dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan sebagai Pengasas / Pengarah Urusan / Pengarah Kewangan / Pengarah Operasi. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat kumpulannya:

1.    D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
2.    D’Navechee Global Marketing Sdn Bhd
3.    Butik & Spa D’Navechee (M) Sdn Bhd
4.    D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
5.    De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
6.    De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
7.    De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
8.    PT De Classic Life Worldwide Indonesia
9.    PT De Classic Life Worldwide Thailand
10.    PT De Classic Life Indonesia
11.    De Eagle Motivation Centre
12.    Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
13.    Gigatronics (M) Sdn Bhd.
14.    DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
15.    DAS Property & Development Sdn Bhd.
16.    DAS Publishing Sdn. Bhd.

Melalui syarikat-syarikat ini, Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah telah mampu membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, dan masyarakat Islam khususnya. Kejayaan beliau dalam melahirkan ratusan ribu usahawan-usahawan daripada berbagai profesion yang mampu berdikari dan mempunyai kebebasan kewangan. Syarikat beliau juga telah banyak membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan, membina rumahtangga yang lebih bahagia, membantu perkembangan minda anak-anak agar lebih cemerlang dan mengurangkan pengangguran.

Kejayaan yang dikecapi oleh Dato Azlina sering menjadi buruan pihak media dan stesen tv yang ingin menjadikan beliau sebagai idola dalam perniagaan bukan sahaja kepada golongan wanita, malahan turut menjadi idola bagi golongan lelaki yang ingin berjaya sperti beliau. Beliau juga diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan terkemuka Kumpulan Karangkraf dalam Sudut Motivasi di dalam majalah MIDI bagi ruangan ‘Bagaimana Mencipta Kejayaan Bersama’ dan majalah Mingguan Wanita bagi ruangan ‘Minda Wanita’. Syarikat penerbitan iaitu Utusan Karya turut memberi kepercayaan kepada beliau untuk menulis di dalam majalah Wanita bagi ruangan ‘Kearah Keusahawanan Berjaya Bersama Dato Azlina’ dan majalah Harmoni bagi ruangan ‘Motivasi Kejayaan & Jati Diri Bersama Dato Azlina’. Ruangan-ruangan tersebut yang menjurus kepada motivasi, tips-tips mencipta kegemilangan dalam perniagaan dan bagaimana mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan ahli perniagaan yang berjaya telah mendapat tindak balas yang membanggakan daripada pembaca yang inginkan maklumat sedemikian. Selain itu juga Dato Azlina sering dipanggil untuk memberikan ceramah / seminar keusahawanan berkisarkan kejayaan beliau yang menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan mana-mana pinjaman kewangan.

Meskipun beliau berjaya di dalam perniagannya, beliau tidak pernah lupa kepada insan dan golongan yang memerlukan bantuan. Kerja-kerja amal dan kebajikan terus dilakukan bagi membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik.