USAHAWAN MENJAHIT BAJU

Nama : Salmi Bin Ibrahim @ Mansor
Umur : 47 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Salmi merupakan seorang suri rumah yang berusia 47 tahun dan tinggal di Kampung Sadek. Beliau mempunyai minat yang tinggi didalam bidang menjahit baju.  Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu pendapatan suaminya. Oleh itu, beliau mengambil tempahan menjahit baju dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Puan Salmi hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang sahaja melalui orang kampung yang datang menempah baju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Puan Salmi mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook. Beliau juga belajar menggunakan Internet untuk mencari design jahitan baju yang terkini yang terkenal di kalangan masyarakat sekarang. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang.