USAHAWAN ONLINE

Nama : Lily Elyani Bt Amran
Umur : 21 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Lily merupakan lepasan pelajar kolej yang baru sahaja menamatkan pengajian beliau. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu mendapatkan sumber pendapatan harian selepas tamat pengajian, lily memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menerima tempahan untuk membuat pelbagai design.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di Pi Kg Sadek, Lily hanya bertumpukan perniagaannya untuk design bagi kawan terdekat sekitar daerah Kupang sahaja. Disamping itu, setelah mendapat permintaan yang tinggi dan mempunyai ramai pelanggan, Lily mula mempromosi perkhidmatannya di dalam Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Lily mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun shopee, belajar membuat iklan secara online dan belajar mengenai shopee online untuk pelanggan menempah di dalam shopee. Oleh itu, Lily mempelbagaikan jenis design yang diambil tempahan seperti Business card, Sticker, Flyers, Banner, Bunting, Resume dan Logo.

USAHAWAN SPA

Nama : Rosidah Binti Hamzah
Umur : 41 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Rosidah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak. Rosidah berumur 41 tahun dan telah pun menceburkan diri dalam bidang perniagaan SPA bergerak selama lebih dari 5 tahun secara konvesional, dan hanya dilakukan di dalam rumah sendiri sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di Pi Kg Sadek, Rosidah hanya bertumpukan perniagaannya untuk kawan terdekat serta sekitar daerah Kupang sahaja. Disamping itu, setelah mendapat permintaan yang tinggi dan mempunyai ramai pelanggan, rosidah telah menyewa kedai untuk menjalankan perniagaan SPA beliau dengan lebih mudah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Rosidah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook, belajar membuat iklan secara online dan belajar mengenai whatsapp untuk pelanggan membuat temujanji untuk pergi ke spa. Selain itu, Rosidah turut menghasilkan sendiri produk-produk homemade beliau iaitu untuk kecantikan seperti Sweet Roses, Fina Scrub, Zam Spa dan Ajmal Essential. Di samping itu, Rosidah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan Flyers bagi tujuan edaran promosi.

USAHAWAN KEK 

Nama : Nur Hidayah Binti Ibrahim
Umur : 24 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Hidayah merupakan lepasan kolej. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu mendapatkan sumber pendapatan harian selepas tamat pengajian. Produk yang dijual oleh beliau adalah menjual kek

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan Kek dan Online, Hidayah hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang sahaja untuk membuat penghataran melalui kenalan rapat yang membeli dan meletak kek yang dihasilkan di kedai-kedai runcit sekitar kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Hidayah mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan mempelajari membuat akaun Facebook untuk pertama kali mencubanya. Selain itu, beliau juga mengambil tempahan melalui aplikasi ‘whatsapp’ dan membuat penghantaran secara ‘cash on delivery’ kepada pelanggan.

BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama Muhammad Adib Shahmi Bin Asri
Umur : 15 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Muhammad Adib Shahmi Bin Asri berusia 15 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 1 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Adib tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Adib tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah, Adib mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Adib kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Adib dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.

Sub-kategori