USAHAWAN AIR TEBU 

Nama : Muhammad Khairil Anuar Bin Sha'ari
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Khairil merupakan seorang peniaga air tebu yang berniaga di pasar malam yang berusia 39 tahun dan tinggal di Kampung Sadek. Beliau mempunyai minat yang tinggi didalam bidang perniagaan. Oleh itu, beliau mengambil peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan air tebu yang diusahakan selama ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan ini, Encik Khairil hanya menjual air tebu di tepi jalan sahaja. Selepas itu, beliau mencuba untuk menjual di pasar malam pula. Selain itu, beliau cuba mempromosikan air tebu-nya di dalam media social bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan air tebu secara online melalui whatshapp untuk lebih senang membuat penghantaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi mendalami ilmu perniagaan secara atas talian, En. Khairil sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek. Encik Khairil hendak mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian dengan lebih mendalam lagi untuk kegunaan masa akan datang. Beliau telah mencuba iaitu dengan membuat akaun facebook bagi memudahkan urusan pelanggan mengetahui aktiviti semasa yang dijalankan. Selain itu, beliau juga mempelajari berkenaan internet unutk mencari maklumat yang berkaitan. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang yang ingin mengadakan jamuan atau kenduri kahwin di mana beliau akan pergi ke rumah pelanggan terus untuk membekalkan air tebu yang segar. Dengan adanya whatshapp Ia akan memudahkan beliau berurusan dengan pelanggan dengan cepat.