USAHAWAN BOUQUET FLOWER

Nama : Mohd Imran Bin Zainol Abidin
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Imran atau pun Im adalah pelajar lepasan SPM yang sekarang ini berusia 20 tahun. Walaupun beliau tidak menyambung pelajaran, namun beliau bertuah kerana memilih sektor perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan. Imran telah memulakan perniagaan bouquet flower selama 1 tahun.  Berbekalkan bakat yang ada beliau mempromosikan kemahirannya kepada ahli keluarga dan saudara mara dan rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Imran hanya mempromosikan perniagaannya melalui pemasaran mulut ke mulut sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Imran mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook page. Beliau juga belajar menggunakan Internet untuk mencari design bouquet yang terkini dan mengikut cita rasa pelanggan. Selain itu, beliau juga menerima tempahan melalui whatshapp bagi pelanggan yang berada di luar kawasan kupang.