BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Muhammad Naim Bin Hazamri
Umur : 17 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Naim berusia 17 Tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 5, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 2km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Naim tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Naim tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek Naim kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Naim dalam menyiapkan kerja sekolah, membuat kerja kursus untuk SPM, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa. Selain itu, Naim juga dapat mencari maklumat berkenaan kemasukkan ke Universiti selepas menduduki SPM.


USAHAWAN CENDAWAN TIRAM

Nama : Nazariah Binti Saad
Umur : 44 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Nazariah merupakan seorang ibu tunggal yang telah lama mengusahakan cendawan tiram. Beliau memiliki kira-kira 1200 bongkah cendawan tiram hasil usaha beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Pn Nazariah hanya membekal hasil tanamannya kepada gerai-gerai makan yang berdekatan sahaja secara kecil-kecilan. Serta menjual di sekitar kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Puan Nazariah telah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook. Di dalam media social ini, beliau telah banyak mempelajari cara-cara melakukan promosi dengan betul. Di samping itu, Pn Nazariah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan "proposal" dan kertas cadangan bagi memohon bantuan prasarana dalam meningkatkan hasil tanamannya.


BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Laila Binti Azman 
Umur : 15 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Laila berusia 15 Tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 3, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 1km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Laila tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Laila tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek  Laila kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Laila dalam menyiapkan kerja sekolah, membuat kerja kursus untuk PT3, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.


USAHAWAN ONLINE

Nama : Mazni Binti Md Saad
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Puan Mazni merupakan seorang usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan gerai makan secara kecil-kecilan. Gerai beliau terletak kira -kira 2km dari PI Kg sadek

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet, Puan Mazni hanya menjual dan berniaga secara langsung melalui kedai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Puan Mazni mula menunjukkan minatnya untuk mempromosikan gerai perniagaannya secara atas talian iaitu dengan menggunakan Facebook.


USAHAWAN MADU KELULUT

Nama : Rosli Bin Hashim
Umur : 54 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Encik Rosli merupakan seorang pengusaha madu kelulut secara kecil kecilan. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan ini atas dasar minatnya yang mendalam dalam bidang ternakan kelulut. Beliau mempunyai lebih 30 sarang kelulut yang berada di sekitar rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, En Rosli hanya pergi ke kedai komputer yang hanya menawarkan khidmat Internet semata-mata dan beliau tidak diberi pendedahan tentang penggunaan ICT dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi usahawan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, En Rosli mula menunjukkan minatnya ke dalam bidang perniagaan dan ingin mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Dengan kemudahan yang disediakan di PI ini, beliau mampu menghasilkan Fb page kepunyaan sendiri.


Sub-kategori