USAHAWAN ONLINE 

Nama : Mohd Suhaimi Bin Yahaya
Umur : 30 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Suhaimi merupakan seorang usahawan bergerak sejak dua tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan fotografi bersama isteri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Pada mulanya Suhaimi melakukan perniagaan ini hanya pada hujung minggu dan bertumpu pada pergambaran perkahwinan semata-mata, kerana permintaan pelanggan agak kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Suhaimi mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online. Di samping itu, Suhaimi juga menggambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya dengan cara mempelajari kaedah penghasilan gambar studio.

 

USAHAWAN ONLINE 

Nama : Mohammad Khairi Ikhmal Bin Mohd Kamaruddin
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Khairi merupakan seorang usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan Online. Perniagaan yang dijalankan adalah berbentuk perkhidmatan, iaitu perkhidmatan penghasilan design (Logo,baner,Banting dan stiker)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Pada mulanya Khairi masih lagi tidak mahir dalam menghasilkan tempahan design.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek, Khairi mempelajari ilmu penyuntingan imej dan sekali gus memulakan perniagaan perkhidmatannya sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online.Di samping itu, sehingga ke tahap ini Khairi juga mempunyai azam untuk mengembangkan perniagaannya dengan menceburi dalam bidang fotografi, hal ini kerana ilmu photografi juga diajar di Pusat Internet.

USAHAWAN ONLINE 

Nama : Noor Nasyrah Binti Shaari
Umur : 41 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Nasyrah merupakan pekerja kakitangan kerajaan dan sudah berkahwin. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu pendapatan suaminya. Produk Susu Kurma adalah produk yang dijual oleh beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Puan Nasyrah hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang dan Baling sahaja untuk membuat penghataran melalui kenalan rapat yang membeli

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Puan Nasyrah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook dan Facebook page. Beliau juga belajar menggunakan ‘Adobe Photoshop’ untuk proses ‘editing’ bahan pengiklanan perniagaan beliau. Di samping itu, Puan Nasyrah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan ‘flyers’ bagi tujuan edaran promosi.


BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama Ajmal Nul Hakim Bin Jaman
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Ajmal Nul Hakim berusia 8 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Keda Kupang, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 2 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Ajmal tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Ajmal tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Rendah, Ajmal mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Ajmal kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Ajmal dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.


USAHAWAN ONLINE 

Nama Mohamad Radzi Bin Mohamad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Radzi merupakan seorang usahawan sejak satu tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan dengan menjual produk-produk berkaitan kesihatan seperti stoking momcare,kasut macca shoes dan stoking sure active.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek. Pada mulanya Radzi melakukan perniagaan secara offline dengan menggunakan medium agen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Radzi mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online di facebook. Di samping itu, Radzi juga mengambil langkah untuk belajar mengambil gambar dengan lebih menarik dengan menggunakan mini studio yang di sarankan oleh pihak pusat internet.


Sub-kategori