Tarikh : 01 Februari 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

Peserta Sekolah Rendah mempelajari Microsoft Word bagi mendalami dan menambah pengetahuan peserta mengenai cara dan fungsi Microsoft Word dalam penghasilan kerja yang lebih cepat dan sistematik. Selain itu, ia juga dapat mempelajari format yang betul dalam penguasaan di dalam setiap dokumen yang telah dihasilkan.

Aktiviti :

Peserta diajar cara menggunakan setiap fungsi di dalam Microsoft Word dengan menaip dan membuat peta minda, memasukkan gambar, cara memasukkan hyperlink, cara membuat carta menggunakan data dan semua yang berkait dengan Microsoft Word. Selain itu, peserta diajar mencari gambar di internet dan meletakkan gambar tersebut di dalam Microsoft Word dengan cara yang mudah. Cara pembelajaran ini dapat membantu memudahkan peserta yang terdiri dikalangan pelajar untuk membuat kerja sekolah atau kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini


Tarikh : 23 Januari 2019
Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Dewan SK Titi Gantong
Peserta : 67 orang

 

Tujuan :

  • Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Oleh itu, ia dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti :

Seramai 67 orang pelajar SK Titi Gantong iaitu pelajar tahun 5 dan 6 yang menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar. 

 

Gambar Disini


Tarikh : 17 Januari 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Peserta Sekolah Menengah mempelajari Microsoft Word bagi mendalami dan menambah pengetahuan peserta mengenai cara dan fungsi Microsoft Word dalam penghasilan kerja yang lebih cepat dan sistematik. Selain itu, ia juga dapat mempelajari format yang betul dalam penguasaan di dalam setiap dokumen yang telah dihasilkan.

Aktiviti :

Peserta diajar cara menggunakan setiap fungsi di dalam Microsoft Word dengan menaip dan membuat peta minda, memasukkan gambar, cara memasukkan hyperlink, cara membuat carta menggunakan data dan semua yang berkait dengan Microsoft Word. Selain itu, peserta diajar mencari gambar di internet dan meletakkan gambar tersebut di dalam Microsoft Word dengan cara yang mudah. Cara pembelajaran ini dapat membantu memudahkan peserta yang terdiri dikalangan pelajar untuk membuat kerja sekolah atau kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini


Tarikh : 19 Januari  2019
Masa : 8.30 pagi - 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 138 orang

 

Tujuan  :

Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan luar bandar. Selain itu, memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi.

Aktiviti  :

  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan memberus gigi, berjalan 1000 langkah, pertandingan kerabu dan sandwich sihat,  mewarna poster kesihatan, kolaj logo 'Jom Sihat', E-waste, dan kahoot online kempen 'anti dadah dan rokok'. Serta pemeriksaan gigi juga dijalankan. Selain itu, pameran dari agensi-agensi seperti Agensi Anti Dadah Kerajaan (AADK), pameran Klinik Kesihatan dan ceramah, KWSP, Coway, Jualan usahawan dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

 

Gambar Disini


Tarikh : 11 Januari 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Office untuk tujuan memudahkan kerja-kerja membuat laporan dan sebagainya. Memberi pendedahan kepada peserta iaitu Pelajar Sekolah Rendah untuk lebih mahir di dalam Microsoft Word dan PowerPoint. Ia kerana di untuk membuat kerja kursus memerlukan kemahiran di dalam Microsoft Office untuk membuat perbentangan kerja kursus.

Aktiviti :

Peserta diterangkan pengenalan kepada Microsoft Office Word satu persatu beserta fungsi yang dapat digunakan untuk memudahkan kerja membuat laporan. Peserta diberikan Modul Asas untuk melatih peserta menaip dengan membuat karangan. Peserta diajar untuk menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membina 20 slide berkaitan tugasan yang diberikan dan berdasarkan modul yang telah diberikan. Selain itu, peserta diajar bagaimana membuat copy and paste gambar daripada internet untuk dimasukkan di dalam Microsoft Word. Di samping itu, perserta dapat mempelajari ICT bagi memudahkan kerja-kerja pada masa akan datang.

 

Gambar Disini