Tarikh : 24 Februari 2019
Masa : 8.30 pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 10 orang

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan kepada peserta iaitu Belia adalah bagi memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kawalan asas penggunaan Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.

Aktiviti  :

Peserta diajar berkenaan teknik-teknik untuk mengambil gambar serta menghasilkan gambar-gambar yang baik di dalam sesi praktikal di sekeliling kawasan luar.

 

Gambar Disini


Tarikh : 21 Februari 2019
Masa : 10.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Teloi Kanan
Peserta : 6 orang

 

Tujuan :

Bengkel pemantapan advokasi ini bagi menambah ilmu dan memberi penekanan lebih terperinci tentang Klik Dengan Bijak agar maklumat yang tepat dan berguna dapat disampaikan kepada komuniti di semua pusat internet. Bengkel ini adalah dengan memberi kesedaran kepada masyarakat kini mengenai isu semasa jenayah siber yang semakin berleluasa. Antara modul yang telah dipelajari teridiri daripada Modul 1 : Menjadi Mata-mata Gelap di Internet, Modul 2 : Mengurus Jejal Digital Anda dan Modul 3 : Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan di Internet. Oleh itu, penekanan kepada aspek-aspek keselamatan di internet perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam. Selain itu, Wakil dari MCMC iaitu Puan Azlina juga turut hadir dalam Bengkel Train The Trainer ini.

 

Gambar Disini


Tarikh : 08 Februari 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 tghari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan kepada peserta iaitu Pelajar Sekolah Menengah untuk lebih mahir di dalam Microsoft PowerPoint. Ia kerana di Universiti memerlukan kemahiran di dalam Microsoft Powerpoint untuk membuat perbentangan kerja kursus.

Aktiviti  :

Peserta diajar untuk menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membina 20 slide berkaitan tugasan yang diberikan dan berdasarkan modul yang telah diberikan.

 

Gambar Disini


Tarikh : 15 Februari 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 tghari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

  • Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan internet dengan selamat. Selain itu, mendedahkan perkembangan semasa kepada pelajar dengan jual beli dalam talian dapat menjimatkan masa dengan mudah dan cepat.

 

Aktiviti  :

  • Pelajar didedahkan dengan laman web yang digunakan pada masa kini untuk membeli belah di dalam talian iaitu wow shop, go shop, shopee, lazada dan 11street. Pelajar dapat mempelajari penggunaan laman web dan memahamin cara-cara yang dapat digunakan untuk membuat pembelian dalam talian dengan lebih selamat.

 

Gambar Disini


Tarikh : 31 Januari 2019
Masa : 10.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 6 orang

 

Tujuan :

Bengkel pemantapan advokasi untuk menambah ilmu tentang Klik Dengan Bijak agar maklumat yang tepat dan berguna dapat disampaikan kepada komuniti di semua pusat internet. Wakil dari MCMC iaitu Puan Azlina juga turut hadir dalam Bengkel Train The Trainer ini.

 

Gambar Disini