Tarikh : 19 Januari  2019
Masa : 8.30 pagi - 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 138 orang

 

Tujuan  :

Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan luar bandar. Selain itu, memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi.

Aktiviti  :

  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan memberus gigi, berjalan 1000 langkah, pertandingan kerabu dan sandwich sihat,  mewarna poster kesihatan, kolaj logo 'Jom Sihat', E-waste, dan kahoot online kempen 'anti dadah dan rokok'. Serta pemeriksaan gigi juga dijalankan. Selain itu, pameran dari agensi-agensi seperti Agensi Anti Dadah Kerajaan (AADK), pameran Klinik Kesihatan dan ceramah, KWSP, Coway, Jualan usahawan dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

 

Gambar Disini