Tarikh : 04 Julai 2019
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

  • Memberi pendedahan tentang cara dan teknik mengambil gambar menggunakan kamers DSLR. Selain itu, untuk mengetahui cara perletakan cahaya mengikut subjek

 

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan adalah penyediaan tempat untuk menangkap gambar. Menangkap gambar menggunakan kamera Dslr.

 

Gambar Disini


Tarikh : 27 Jun 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Bagi menjadi pusat Peperiksaan Online bagi pengambilan Pembantu Makmal Gred C19. Peperiksaan online dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pusat Internet akan terus membantu individu-individu yang berkelayakan untuk memasuki sistem peperiksaan online daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mereka log masuk ke dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjawab peperiksaan online mereka.

Gambar Disini


Tarikh : 13 Jun 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Pembelajaran asas Power Point dan Word memberi peluang para pelajar untuk mengetahui dan mempelajari apa itu fungsi sebenar dan cara mengendalikan aplikasi power point.

Fokus peserta pada kali ini adalah menaip dalam aplikasi Power Point dan Word serta belajar cara penghasilan word art,animasi dan  jadual dengan betul.

Gambar Disini

Tarikh : 19 Jun 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi kemudahan kepada peserta yang tidak mempunyai pengetahuan tentang internet. Oleh itu, ia dapat mempromosikan bahawa di Pusat Internet dapat mempelajari kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar.

Aktiviti :

Aktiviti diperkenalkan adalah cara untuk membuka laman web SPA. Peserta ingin mendaftar SPA utuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian. Laman Web SPA adalah dimana para graduan dapat mencari pekerjaan di dalam sektor kerajaan. Petugas akan mengajar cara bagaimana untuk membuka dan memasukkan segala maklumat yang berkaitan untuk diisi di dalam laman web SPA.

 

Gambar Disini


Tarikh : 31 Mei 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

Pembelajaran kali ini bagi peserta Sekolah Menengah untuk menyiapkan Kerja Kursus yang telah diberikan oleh cikgu. Peserta perlu membuat kerja kursus di dalam Microsoft Word. Peserta perlu menyiapkan kerja kursus tersebut dengan lengkap. Selain itu, peserta dapat mempelajari asas menaip dengan cepat dan membuat laporan dengan format yang betul.

 

Gambar Disini