Tarikh : 07 November 2018
Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan kepada peserta iaitu pelajar lepasan sekolah tentang cara-cara mengedit gambar dan menghasilkan "effect" pada gambar tersebut.

Aktiviti  :

Peserta diajar tentang cara-cara mengedit gambar untuk menampakkan "efect" yang berlainan di dalam gambar tersebut.

 

Gambar Disini


Tarikh : 01 November 2018
Masa : 10.30 Pagi - 1.30 Petang
Lokasi : SK Batu Pekaka
Peserta : 100 orang

 

Tujuan :

  • Tujuan program Klik Dengan Bijak ini dijalankan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Selain itu, memberi kesedaran dengan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Oleh itu, ia dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti :

Seramai 100 orang pelajar SK Batu Pekaka yang menyertai pengisian program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya dengan sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati kepada pelajar. 

 

Gambar Disini


Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 08.00 pagi - 12.00 T/Hari
Lokasi : Tabika Kemas Kg Sadek
Peserta : 24 orang

 

Tujuan  :

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Aktiviti  :

  • Antara aktiviti yang dijalankan bersama dengan waris dan kanak-kanak Tabika Kemas adalah bermain congkak, meniup belon, memasukkan benang ke dalam jarum dan aktiviti sampingan lain.

 

Gambar Disini


Tarikh : 25 Oktober 2018
Masa : 09.30 pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

Menarik minat usahawan menjadikan Pusat Internet sebagai pusat ilmu, melahirkan kreativiti sesama usahawan untuk mempromosikan produk mereka dan memperbanyakkan kelas-kelas usahawan di Pusat Internet dan menarik minat mereka datang ke Pusat Internet.

Aktiviti  :

  • Antara dipelajari oleh peserta adalah belajar mengenai teknik memasukkan gambar di dalam Facebook page, teknik menukar nama Facebook page dan memasukkan link untuk dikongsi di media. 

 

Gambar Disini


Tarikh : 18 Oktober 2018
Masa : 09.30 pagi - 12.30 T/Hari
Lokasi : SJK(T) Ladang Kupang
Peserta : 17 orang

 

Tujuan  :

Program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap pelajar. Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu pelajar.

Aktiviti  :

  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah bermain Dam ular dan menyusun puzzle bertemakan "Sayangi Malaysiaku" dan aktiviti sampingan lain.

 

Gambar Disini