Tarikh : 11 Januari 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Office untuk tujuan memudahkan kerja-kerja membuat laporan dan sebagainya. Memberi pendedahan kepada peserta iaitu Pelajar Sekolah Rendah untuk lebih mahir di dalam Microsoft Word dan PowerPoint. Ia kerana di untuk membuat kerja kursus memerlukan kemahiran di dalam Microsoft Office untuk membuat perbentangan kerja kursus.

Aktiviti :

Peserta diterangkan pengenalan kepada Microsoft Office Word satu persatu beserta fungsi yang dapat digunakan untuk memudahkan kerja membuat laporan. Peserta diberikan Modul Asas untuk melatih peserta menaip dengan membuat karangan. Peserta diajar untuk menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membina 20 slide berkaitan tugasan yang diberikan dan berdasarkan modul yang telah diberikan. Selain itu, peserta diajar bagaimana membuat copy and paste gambar daripada internet untuk dimasukkan di dalam Microsoft Word. Di samping itu, perserta dapat mempelajari ICT bagi memudahkan kerja-kerja pada masa akan datang.

 

Gambar Disini