Tarikh : 05 Julai 2020
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tghari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

Memberi tunjuk ajar dan cara-cara membuat email baru.

Aktiviti  :

  • Aktiviti ini bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta untuk mempelajari kemudahan internet yang ada untuk membuat email bagi memudahkan urusan pelbagai.

 

Gambar Disini


Tarikh : 10 Mac 2020
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan awal kepada peserta  untuk mendalami dan menambah pengetahuan mengenai kriteria - kriteria yang perlu diambil kira sewaktu penghasilan sesebuah stiker, agar dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Aktiviti :

  • Fokus peserta pada kali ini adalah mencari idea melalui capaian jalur lebar dengan menggunakan search engine google dan terus menghasilkan stiker dengan menggunakan tools yang terdapat pada Adobe Photoshop.

 

Gambar Disini

Tarikh : 13 Februari 2020
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : GIAT MARA BALING
Peserta : Pelajar Giat Mara

 

Tujuan :

Program Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu, ia mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, buli siber, online grooming, sexting serta tips-tips berguna ketika melayari internet.

Aktiviti :

1. Pengenalan Pusat Internet
2. Maklumat Palsu
3. Online Grooming
4. Buli Siber
5. Cyber Stalker
6. Peeking
7. Berkongsi Secara Berlebihan

Gambar Disini


Tarikh : 03 Mac 2020
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 3 orang

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan awal kepada peserta iaitu lepasan Sekolah menengah untuk mendalami dan menambah pengetahuan pelajar mengenai cara dan fungsi Microsoft Word dalam penghasilan kerja yang lebih cepat dan sistematik. Selain itu, ia juga dapat mempelajari format yang betul dalam penguasaan di dalam setiap dokumen yang telah dihasilkan.

Aktiviti  :

  • Peserta diajar cara menggunakan setiap fungsi di dalam Microsoft Word dengan menaip dan membuat peta minda, memasukkan gambar, cara memasukkan hyperlink, cara membuat carta menggunakan data dan semua yang berkait dengan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diajar cara menggunakan tool-tool seperti insert, page layout, references, mailing dan review serta menerangkan peranan setiap tool berkenaan.

Gambar Disini

Tarikh : 12 Februari 2020
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

Tujuan  :

Memberi pendedahan awal kepada peserta iaitu lepasan Sekolah menengah untuk mendalami dan menambah pengetahuan pelajar mengenai cara dan kegunaan Microsoft Excel dalam penghasilan kerja yang lebih cepat dan sistematik. Selain itu, Memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta dalam penyediaan pelbagai elemen seperti bar chart, pai chart, jadual dan lain - lain.

Aktiviti :

  • Fokus peserta pada kali ini adalah menaip dalam aplikasi Excel dan belajar cara penghasilan jadual dengan betul. Selain itu, pelajar dapat mempelajari Fomular seperti tambah,bahagi, darab dan peratus dengan menggunakan teknik yang cepat dan pantas.

 

Gambar Disini