Tarikh | : 27 MEI 2022 |
Masa | : 10.00 Pagi - 3.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Sadek |
Peserta | : 10 orang |
Mesyuarat diadakan secara bersemuka di PEDi Kg Sadek melibatkan pengurus bagi setiap PEDi DI KLUSTER Baling bersama DRM Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh setiap PEDi serta mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Selain itu, info serta maklumat terkini diberitahu dalam mesyuarat tersebut.
Tarikh | : 25 MEI 2022 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Sadek |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan:
Kuiz online ini dijalankan bagi membantu murid di kawasan sekitar untuk
-menguji kefahaman mereka dalam mata pelajaran yang telah diajar di sekolah.
-memberi pendedahan kepada murid berkaitan penggunaan internet dalam pembelajaran
-pembelajaran secara interaktif yang dapat menarik minat murid untuk belajar
Tarikh | : 8 MEI 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Kg Sadek |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan:
Sesi temuduga dijalankan secara talian untuk jawatan Penolong Pengurus di PEDi Kg Sadek. Sesi Temuduga tersebut melibatkan dua orang calon dan dua orang penemuduga daripada MSD Intelligence & TM.
Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang terpilih.
Tarikh | : 22 APRIL 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sadek |
Peserta | : 1 orang |
WhatsApp Web merupakan sebuah layanan yang memungkinkan pengguna untuk menjalankan WhatsApp di browser internet komputer, baik laptop maupun desktop. Pengguna dapat mengirim dan membaca pesan secara langsung dari web browser di komputer laptop/desktop, setelah mengaktifkan aplikasi WhatsApp di telefon pintar mereka.
Kelebihan:
1. Dapat berkongsi fail dengan cepat dan mudah
2. Menjimatkan masa
3. Tak perlu nak login email untuk kongsi dokumen atau fail.