Tarikh : 15 JULAI 2022
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang 
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 15 orang

 

 

Tujuan: Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat komuniti untuk berniaga secara atas talian melalui aplikasi shopee.

Aktiviti:

-Kelas Shopee dijalankan dengan mengajar cara pendaftaran akaun shopee dan kaedah penjualan dalam aplikasi tersebut.

-Pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak.

-Sukaneka terbuka kepada komuniti

 

 Gambar Di Sini

Tarikh : 4 JULAI 2022
Masa : 10.00 Pagi - 3.00 Petang 
Lokasi : PEDi Kg Sadek
Peserta : 30 orang

 

 

Tujuan: Untuk berkongsi pengetahuan berkaitan ict dan asas shopee kepada penduduk setempat.

Aktiviti:

1) Seramai 30 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas ict dan keusahawanan yang diadakan di PEDi Kg Sadek.

2) Pengurus memberikan taklimat dan info berkaitan profil PEDi Kg Sadek.

3) Kelas asas shopee diadakan dengan memberikan ilmu berkaitan bermula dengan cara cipta akaun dari penjual kepada pembeli.

4) Pertandingan kuiz kahoot  berkaitan PEDi dan asas shopee dijalankan dengan menggunakan kemudahan pc yang terdapat di PEDi.

5) Hadiah diberikan kepada pemenang-pemenang serta cabutan bertuah diadakan.

6) Aktiviti berakhir dengan pemberian makanan secara percuma.

 Gambar Di Sini

Tarikh : 20 JUN 2022
Masa : 3.30 Petang - 5.00 Petang 
Lokasi : PEDi Kg Sadek
Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan:

Membincangkan dan menyiapkan projek sekolah subjek sains yang diberikan oleh guru secara berkumpulan.

 

Aktiviti:

1.Pelajar sekolah rendah membincangkan dan menyiapkan projek subjek sains tahun 6 yang bertajuk "Interaksi Antara Hidupan" yang merupakan salah satu silibus dalam matapelajaran sains tahun 6 di PEDi Kg Sadek.

2.Perbincangan dapat dilakukan dengan mudah dengan adanya kemudahan di PEDi seperti komputer dan internet bagi mendapatkan lebih informasi berkaitan projek.

 Gambar Di Sini

Tarikh : 23 JUN 2022
Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang 
Lokasi : PEDi Kg Sadek
Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan:

Membuat pendaftaran di aplikasi e-graduan secara atas talian.

Aktiviti:

- Melakukan pendaftaran secara atas talian di aplikasi egraduan bagi calon lulus temu duga lantikan tetap sebagai pegawai perkhidmatan pelajaran (PPP) gred DG41.

-Dengan adanya kemudahan internet, komputer dan mesin untuk mencetak borang pendaftaran di PEDi telah memberi kemudahan kepada beliau untuk melakukan pendaftaran yang dikehendaki dengan kadar segera.

Gambar Di Sini

Tarikh : 18 JUN 2022
Masa : 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sadek
Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan:

Pendaftaran ahli dapat memberikan kelebihan dan faedah bagi ahli yang berdaftar untuk menggunakan kemudahan komputer, internet dan sebagainya.

 

Aktiviti:

Ahli yang mendaftarkan diri di PEDi Kg Sadek akan diberikan sehelai t-shirt setelah menjadi ahli di pusat PEDi. Mereka  juga diberitahu tentang kelebihan yang akan diperolehi di PEDi sebagai ahli.

 Gambar Di Sini