BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama :Norlina Binti Abd Aziz
Umur : 30 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Lina berusia 30 Tahun dan merupakan surirumah tangga, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 3 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Puan Lina jarang menggunakan komputer. Oleh itu, Puan Lina sudah lupa bagaimana untuk menggunakan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office. Ia kerana, beliau tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Puan Lina tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah datang ke Pusat Internet, Puan Lina mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek kerana ingin mencari pekerjaan sebagai kerani. Puan Lina kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga dapat membantu Puan Lina untuk mencari pekerjaan secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa