BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama Ajmal Nul Hakim Bin Jaman
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Ajmal Nul Hakim berusia 8 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Keda Kupang, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 2 km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Ajmal tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Ajmal tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sekolah Rendah, Ajmal mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Ajmal kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Ajmal dalam menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.