USAHAWAN ONLINE 

Nama Mohamad Radzi Bin Mohamad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Radzi merupakan seorang usahawan sejak satu tahun yang lalu. Beliau melakukan perniagaan dengan menjual produk-produk berkaitan kesihatan seperti stoking momcare,kasut macca shoes dan stoking sure active.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek. Pada mulanya Radzi melakukan perniagaan secara offline dengan menggunakan medium agen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet  Kg Sadek,  Radzi mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online di facebook. Di samping itu, Radzi juga mengambil langkah untuk belajar mengambil gambar dengan lebih menarik dengan menggunakan mini studio yang di sarankan oleh pihak pusat internet.