BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Nur Iffah Hayani Binti Sobri
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Nur Iffah Hayani berusia 13 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah berasrama penuh, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 5km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI (umur 12 tahun), Iffah tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Iffah tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melangkahkan kaki ke Sek Menengah Iffah  mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek.  Iffah kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Iffah dalam menyiapkan kerja sekolah, membuat kerja kursus untuk tingkatan 1, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.