USAHAWAN ONLINE SPA BERGERAK

Nama Rosidah Binti Hamzah
Umur : 39 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Rosidah merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak. Rosidah berumur 39 tahun dan telah pun menceburkan diri dalam bidang perniagaan SPA bergerak selama lebih dari 5 tahun secara konvesional, dan hanya dilakukan di dalam rumah sendiri sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Rosidah hanya bertumpukan perniagaannya untuk kawan terdekat serta sekitar daerah Baling sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Rosidah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook dan belajar membuat iklan secara online. Di samping itu, Rosidah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan Flyers bagi tujuan edaran promosi.