USAHAWAN ONLINE

Nama Noor Nabilah Husna Binti Rozali
Umur : 27 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Nabilah merupakan seorang graduan dari UITM, berumur 27 tahun dan sudah berkahwin malah merupakan suri rumah. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu pendapatan suaminya. Scrub Habbatus Sauda adalah produk yang dijual oleh beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan online, Nabilah hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang dan Baling sahaja melalui kenalan rapat yang membeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Nabilah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun Facebook dan Facebook page. Beliau juga belajar menggunakan ‘Adobe Photoshop’ untuk proses ‘editing’ bahan pengiklanan perniagaan beliau.

Di samping itu, Nabilah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan ‘flyers’ bagi tujuan edaran promosi.