BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Nur Nasuha Fatihah Binti Norrahman
Umur : 18 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Nur Nasuha berusia 18 Tahun dan merupakan pelajar lepasan SPM, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 8km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Nasuha tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan apa itu jaringan tanpa sempadan ataupun internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg. Sadek  Nasuha kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus ( berdasarkan Modul ) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga, ia membantu Nasuha dalam melakukan aktiviti penambahan ilmu melalui pembacaan akhbar online seperti Harian Metro dan utusan. Selain itu, Nasuha juga dapat mencari maklumat berkenaan kemasukkan ke Universiti bagi kategori lepasan SPM.