USAHAWAN ONLINE

Nama : Muhammad Naim Bin Hazamri
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Naim merupakan seorang pelajar lepasan SPM dari Sek Men Agama Yayasan Al-Khairiah. Dalam kehidupanya, beliau amat merasakan sangat tidak mencukupi sekiranya tidak mencari duit sendiri bagi menampung perbelanjaan hariannya. Oleh itu, Naim mengambil inisiatif untuk mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara atas talian. Setelah itu, Naim sentiasa hadir ke PI untuk belajar teknik pemasaran secara atas talian (online).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat nya dalam dunia perniagaan online, Naim hanya menjual melalui rakan-rakan sekeliling sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Naim mula belajar pemasaran atas talian untuk memasarkan produknya secara kecil-kecilan. Hasil tunjuk ajar dari pihak PI, Naim dapat mempelajari cara untuk mempromosikan produk Minyak Wangi ProEM dengan cara yang mudah iaitu dengan menggunakan facebook.