USAHAWAN SALON MUSLIMAH

Nama : Nor Adilah Bt Mohd Solhi
Umur : 24 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Adilah merupakan seorang graduan dari UITM, berumur 24 tahun dan telah pun menceburkan diri dalam bidang perniagaan Muslimah Hair Salon selama lebih dari 5 bulan, dan hanya dilakukan di dalam rumah sendiri sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Adilah hanya bertumpukan perniagaannya sekitar daerah Baling sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Adilah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook. Beliau juga belajar menggunakan Adobe Photoshop untuk proses “editing”  bahan pengiklanan perniagaan beliau. Di samping itu, Adilah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan “Flyers” bagi tujuan edaran promosi.