USAHAWAN CENDAWAN TIRAM

Nama : Nazariah Binti Saad
Umur : 44 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Nazariah merupakan seorang ibu tunggal yang telah lama mengusahakan cendawan tiram. Beliau memiliki kira-kira 1200 bongkah cendawan tiram hasil usaha beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, Pn Nazariah hanya membekal hasil tanamannya kepada gerai-gerai makan yang berdekatan sahaja secara kecil-kecilan. Serta menjual di sekitar kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Puan Nazariah telah mempelajari ilmu perniagaan sacara atas talian, iaitu dengan membuat akaun facebook. Di dalam media social ini, beliau telah banyak mempelajari cara-cara melakukan promosi dengan betul. Di samping itu, Pn Nazariah juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan "proposal" dan kertas cadangan bagi memohon bantuan prasarana dalam meningkatkan hasil tanamannya.