BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Laila Binti Azman 
Umur : 15 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Laila berusia 15 Tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 3, jarak rumah beliau ke PI ialah beranggaran 1km.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, Laila tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Laila tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek  Laila kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberi. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Laila dalam menyiapkan kerja sekolah, membuat kerja kursus untuk PT3, mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.