USAHAWAN MADU KELULUT

Nama : Rosli Bin Hashim
Umur : 54 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Encik Rosli merupakan seorang pengusaha madu kelulut secara kecil kecilan. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan ini atas dasar minatnya yang mendalam dalam bidang ternakan kelulut. Beliau mempunyai lebih 30 sarang kelulut yang berada di sekitar rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, En Rosli hanya pergi ke kedai komputer yang hanya menawarkan khidmat Internet semata-mata dan beliau tidak diberi pendedahan tentang penggunaan ICT dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi usahawan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, En Rosli mula menunjukkan minatnya ke dalam bidang perniagaan dan ingin mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Dengan kemudahan yang disediakan di PI ini, beliau mampu menghasilkan Fb page kepunyaan sendiri.