USAHAWAN ONLINE

Nama : Khairul Nizam Bin Md Zin
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Encik Nizam merupakan seorang usahawan muda yang berumur 27 tahun. Beliau mengusahakan perniagaan perkhidmatan servis kusyen kenderaan dan lantai jubin rumah / karpet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT di PI Kg Sadek, En Nizam hanya memulakan perkhidmatannya sekitar kawasan rumah atau kampungnya sahaja. Pada asalnya En Nizam juga mempunyai page akan tetapi hanya mempunyai iklan-iklan biasa dan tidak mendapat banyak sambutan daripada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui  Pusat internet Kg Sadek, En Nizam  mula menunjukkan minatnya untuk mendalami ilmu  perniagaan atau ilmu pemasaran atas talian. Dengan kemudahan yang disediakan di PI ini, beliau mampu menghasilkan Fb page dan ayat-ayat “copywriting” yang amat berkesan dan mampu meningkatkan lagi pendapatannya.