USAHAWAN ONLINE

Nama : Muhammad Aizat Bin Zainon
Umur : 26 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Aizat bekerja sebagai pemasaran di BSN. Namun pada masa yang sama beliau mengusahakan perniagaan online secara sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya pernah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari pihak PI, perkara yang saya belajar sebelum ini adalah berkenaan dengan “Facebook Page”. Akan tetapi sekarang saya belajar dengan lebih mendalam tentang FB Page dan FB Ads. Alhamdulillah pada masa sekarang jualan H.plus saya semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas PI banyak  memberi nasihat dengan cara menggunakan ‘Facebook  dan ‘Blog’ untuk tujuan pemasaran pada sebelum ini. Namun untuk memasarkan produk dengan lebih efektif, petugas PI telah memberi khidmat dan tunjuk ajar mengenai FB Ads,  pembelajaran ilmu Fb Ads amat berguna dan memberi pulangan yang lebih lumayan. Hasil tunjuk ajar dari pihak PI saya dapat mempelajari cara untuk promosikan produk Health Care  dengan cara yang mudah dan lebih cepat.

Aplikasi media social seperti 'Whatsapp web dan WeChat' adalah amat mudah dan sistematik pada zaman sekarang untuk berkomunikasi dengan pelanggan.