Tarikh : 09 Disember 2019
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tghari 
Lokasi : Pusat Internet Kg Sadek
Peserta : 5 orang

 

Tujuan  :

Pengenalan kepada Komputer dan asas Microsoft Office bersama pelajar Kolej dan Sekolah Menengah. Kelas telah diadakan selama 2 jam. Para peserta merupakan pelajar Kolej dan Sekolah Menengah yang sedang bercuti semester dan cuti sekolah yang ingin mempelajari menggunakan komputer dan internet untuk menjadi lebih mahir dan cekap bagi membuat dan menyelesaikan tugasan kerja.

Aktiviti  :

Semua peserta telah diberi modul tugasan masing-masing menghasilkan kerja kursus dimana diwajibkan semua hasil kerja perlu menggunakan Microsoft Office Word dan Powerpoint samada untuk membuat pengiraan serta mengarang. Peserta telah diberi tunjuk ajar dahulu menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word dan Powerpoint sekiranya tidak mahir sesuatu item yang perlu mereka sediakan seperti jenis font, saiz font, penggunaan simbol, menyimpan fail, membuat column, tetapan tulisan dan sebagainya. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara membuat slaid perbentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta dibantu oleh tenaga pengajar sehingga tugasan mereka selesai. 

 

Gambar Disini