photo 6233460301144110654 y

 

Pusat Ekonomi Digital Kg Sadek, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami.

Pusat Ekonomi Digital Kampung Sadek yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Internet Kg. Lubuk Kabu yang terletak di Dewan Kg Lubuk Kabu, Seberang Titi, Kuala Pegang, Baling, Kedah telah berpindah ke Dewan Masjid Rahmani Kg Sadek, Kupang, Baling,Kedah dan mula beroperasi pada 16 Januari 2016 tahun ini.

Pusat Ekonomi Digital merupakan salah satu langkah usaha kerajaan bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan telekomunikasi dalam kalangan rakyat terutamanya di kawasan yang tiada atau kurang liputan dan ianya sebuah program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan fokus untuk menyediakan perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Internet Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka

Objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital adalah:
• Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan intern
• Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan akiviti yang dijalankan di PEDi.
• Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.