USAHAWAN ROTI

Nama : Mohamad Aidil Shariman Bin Md Runi
Umur : 20 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Aidil merupakan pelajar kolej komuniti. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu menambah pendapatan ibunya. Produk yang dijual oleh beliau adalah menjual roti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan roti dan Online, Aidil menjual roti di kedai yang disewa oleh ibu beliau dan bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang sahaja untuk membuat penghataran melalui kenalan rapat yang membeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Aidil telah mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan mempelajari membuat akaun facebook untuk mempromosikan jualan roti yang dijual beliau. Di samping itu, beliau juga mengambil tempahan melalui aplikasi ‘whatsapp’ dan membuat penghantaran secara ‘cash on delivery’ kepada pelanggan.