USAHAWAN ONLINE

Nama : Siti Rohana Bt Mat Husain
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Rohana sudah berkahwin dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu pendapatan suaminya. Beliau telah menjual secara atas talian produk minyak serai wangi dan tudung sauk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan atas talian, Puan Rohana hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang sahaja untuk membuat penghataran melalui kenalan rapat yang membeli minyak serai wangi dan tudung sauk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat internet Kg Sadek, Puan Rohana mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan membuat akaun shopee, belajar membuat iklan secara atas talian dan belajar mengenai shopee online untuk pelanggan menempah di dalam shopee. Di samping itu, Puan Rohana juga dapat mempelajari ilmu tentang menghasilkan Flyers bagi tujuan mempromosikan produk beliau.