BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET

Nama : Ummi Umairah Binti Mohd Nazir
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Ummi Umairah Bt Mohd Nazir berusia 10 Tahun dan merupakan lepasan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Sadek, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 1 km

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Ummi tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Ummi tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah datang ke Pusat Internet, Ummi mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Ummi kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga dapat  membantu Ummi untuk mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.