USAHAWAN ROTI

Nama : Maria Binti Haji Idris
Umur : 38 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Maria merupakan suri rumah dan sudah berkahwin. Beliau mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi membantu pendapatan suaminya. Produk yang dijual oleh beliau adalah menjual roti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di dalam penggunaan ICT di Pusat Internet Kg Sadek dan terlibatnya beliau dalam dunia perniagaan roti dan Online, Puan Maria hanya bertumpukan perniagaannya di sekitar kawasan Kupang dan Baling sahaja untuk membuat penghataran melalui kenalan rapat yang membeli dan meletak roti yang dihasilkan di kedai-kedai runcit sekitar kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Sadek, Puan Maria mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian, iaitu dengan mempelajari membuat akaun shopee untuk pertama kali mencubanya untuk menjual barangan yag lain. Selain itu, beliau juga mengambil tempahan melalui aplikasi ‘whatsapp’ dan membuat penghantaran secara ‘cash on delivery’ kepada pelanggan.