BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN INTERNET
Nama | : Nur Anis Emylia Binti Zamri |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Nur Anis Emylia Bt Zamri berusia 18 Tahun dan merupakan lepasan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, jarak rumah beliau ke Pusat Internet Kg Sadek ialah beranggaran 3 km.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Anis tidak pernah berpeluang menggunakan komputer dan tidak pernah mengetahui berkenaan komputer dan internet di mana-mana tempat kerana berasal daripada keluarga yang kurang pendedahan berkenaan dengan kemudahan teknologi. Tambahan lagi, Anis tiada asas mengenai komputer serta tidak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu perkomputeran kerana ketiadaan kemudahan seperti yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sadek.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah tamat persekolan Sekolah Menengah, Anis mula mencari inisiatif untuk belajar mengenal ICT melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sadek. Anis kini semakin mahir dalam pengendalian asas-asas komputer dan mampu menyiapkan kerja kursus (Modul) yang diberikan. Selain itu, dengan penggunaan internet juga membantu Anis dalam mencari bidang dan kursus yang dapat diceburi untuk melanjutkan pelajaran pada masa akan datang. Selain itu, Anis juga dapat mengulangkaji pelajaran secara online dan memberi pendedahan dunia luar dan isu semasa.