Tarikh : 06 JULAI 2023
Masa : 3.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sadek  
Peserta : 7 Orang

 

 

Tujuan: Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik).  Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian. Di samping itu, kebanyakan pelajar atau kanak-kanak lebih menyukai serta berminat belajar menggunakan visual video dan ‘project-based learning’.

 

Aktiviti:

- Pelajar menonton tutorial eksperimen melalui komputer serta diberi penjelasan terhadap eksperimen tersebut.

- Pelajar disediakan alatan yang diperlukan untuk melakukan eksperimen.

- Melakukan eksperimen keseimbangan.

Gambar Di Sini

Tarikh : 23 JUN 2023
Masa : 3.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : PEDi Kg Sadek  
Peserta : 4 Orang

 

 

Tujuan: Membantu pelajar untuk belajar secara interaktif dengan menggunakan bahan pelajaran lebih menarik dan mudah difahami dengan penggunaan komponen audio serta visual dalam pembelajaran.

 

Aktiviti: 

- Pelajar melayari laman pembelajaran subjek bahasa melayu tahun 2.

- Pelajar menjawab soalan kuiz berkaitan ejaan yang betul bagi perkataan dalam bahasa melayu.

- Membantu pelajar untuk mengeja dengan betul.

Gambar Di Sini

Tarikh : 3 JUN 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Sadek  
Peserta : 1 Orang

 

 

Tujuan: Untuk mengajar pelajar tentang asas ict iaitu komputer supaya memudahkan mereka untuk membuat tugasan kerja sekolah yang perlu menggunakan komputer serta melahirkan komuniti yang celik IT.

 

Aktiviti:

- Memperkenalkan komponen-komponen komputer serta fungsinya kepada pelajar.

- Mempelajari cara menaip teks menggunakan komputer.

- Menaip teks menggunakan Microsoft Word.

Gambar Di Sini

Tarikh : 17 JUN 2023
Masa : 3.30 - 4.30  Petang
Lokasi : PEDi Kg Sadek  
Peserta : 1 Orang

 

 

Tujuan: Mengulang kaji  pelajaran dengan menyertai kelas e-tuisyen secara atas talian bagi subjek Bahasa Melayu tahun 6 yang diajar oleh salah seorang guru terbaik.

 

Aktiviti:

- Menyertai e-tuisyen menggunakan zoom meeting melalui link yang diberikan.

- Memahami nota serta latihan yang disediakan.

- Membuat latihan yang diajar oleh guru.

Gambar Di Sini

Tarikh : 29 MEI 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Sadek  
Peserta : 7 Orang

 

 

Tujuan: Sesi taklimat untuk membantu usahawan kumpulan B40 untuk membuat skim pendaftaran perniagaan secara percuma secara atas talian.

 

Aktiviti:

- Menyertai sesi taklimat melalui link yang diberi menggunakan Microsoft Team.

- Mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil SSM.

Gambar Di Sini